Wednesday, December 31, 2008

cuti-cuti cat rumah..

cuti kali ni aku mmg buat rekod.


aku tak gi shopping mall sekalipun.


aku tak kuar rumah..

aku peruk dalam rumah ajer..


korang tau aku buat apa??


aku mengecat rumah ngan laki aku.


oppss..terlupa lagi satu makhluk yang turut sama mengecat...si syira! dia pun nak cat jugak..sambil nyanyi2 lagi bila mengecat rumah tu.


tapiii....


aku tak snap time mengecat dinding rumah ...jatuh la dslr aku dalam tin cat karang! ada yang
nangis kuar air mata darah nanti..


ini just a few pics yang sempat aku tangkap guna hp aku...



gigih laki aku ngecat pintu dari asalnya kaler biru..now jadi putih..
papa tengah penat2 mengecat rumah,budak ni sedap jer melantak pasta kat meja makan..tapi mulut dia riuh ajak papa makan..
ini contoh gambar dinding lama dulu..masa ni syira baru umur setahun lebih..tengah makan roti..


orang ambik gambar dia pun dia buat tak peduli jer..janji dapat makan pasta faveret dia..

kat belakang syira tu antara dinding yang telah dicat dengan jayanya..kaler biru okk? warna dulu setengah biru, setengah putih..plus ada wallpaper. now aku dah buang semua wall paper. punyalah hazab nak tanggalkan wallpaper tuh..nampak jer senang..tapi...!!!


malam..time lipat kain. syira sibuk nak tolong angkat bakul la..itu laa..ini laa..aku pun tak perasan ada gambar ni dalam hp aku. papa la nyer kerja ni ..seronok tengok mama tengah menyirap ngan anak agaknya..look at my face..so tense and tired..! malam2 takleh nak tido..cramp abis sumer kaki dan tangan. nak turun tangga pun cam robot rasanya..tangan pun sebelah takleh angkat..mau tak..mengecat lagi..sental lagi tiles yang terkena titisan cat tu..cat kena rambut pun ada..haiyaa...kul 4 pagi aku bangun makan ubat sakit otot..sib baik ada yang doktor bagi dulu-dulu..after 10mins..baru leh tido ngan lena balik.

nanti aku ambik gambar rumah aku elok2..aku publish kat sini, ok?
happy new year 2009 everyone!!

Thursday, December 25, 2008

The Curve...no stories..just pics and caps..ok??

zahin nak beli ni, ummi!
syira pun gila pinggan mangkuk macam mama jugak!

lost in toys

time for the playground

sommersault! ee yahhh!

main nyorok-nyorok pulak bawah slide

masuk balik dlm mall...tengokla syira tu..kemain seronok!

zahin suap syira makan twisties..

cam budak2 nak gi outing pulak..hehehe

semua duduk kat luar bank dulu ngan mama, ok? ayah sham nak ambik seploh ribu dulu..

dah tukar kepada maybankard visa??

siannya tgk budak2 ni menunggu parents masing2..isk isk..cam lost child jer..

masuk 7-11 semata2 nak beli milo jer syira ni..berusaha nak bukak sendiri tuhh

merry go round...tapi kalu nak bg gerak, kena masukkan duit kan? syira takut..so,bg posing jerla atas kuda tuhh..zahin pun merengek nak naik jugak..

ni sumer muka2 yang seronok dapat kuar gi jalan daripada dok terperuk kat rumah..

another lost child scene..mana mak bapak kitorang nihh??

apa yang syira tunjuk tu? oww..dia nampak santa !

cantik kan decoration kat the curve?? so happening..!

selamba jer interframe gambar siap garu2 perut si zahin ni..hahaha..lawak tul la gambar ni..

hari ni krismas...but i'm not wishing merry christmas..dosa beb..

Last sunday, cam biasa la..my hubby gi kelas..adik aku dari melaka naik KL.apalagi..mangsa aku la untuk bawak gi jalan2. sib baik my beloved sis in law ni pun hantu shoppiinng cam aku gak..tak byk pun barang beli, tapi bolehla nak cuci mata jalan2. ni pulak time krismas, sure byk mall ada decoration pelik2,kan? ok..no more bablings..tengok jerla gambar2 ni yer?


orang tengok camera, syira bg bontot..leka tengok cow merah tuh..


ni takut ada clown dalam mall..tu yang dikudakan mama dia tuh..takut nak masuk..

tengah nak cukai perkhidmatan pada mak masing2..

mula2 sampai..baik la lagi sumernya..

Wednesday, December 24, 2008

Tag dari fidelina..

pidalina..nasib la kao dapat gambar cam yang aku nak buat nih...





jeng jeng!!!


i've been tagged!!!

TAGGING INSTRUCTION: You are being tagged!The rules are to upload the 5th photo from the 5th folder on ur computer.I am told that u turn into a frog if u break the rule. Then, the person u tag, tagged 5 more people. Please add ur tagged photo to the "I've been tagged"


tu diahhhh gambar anak2 jiran aku menghabiskan bunga api syira..time ni lagi 2 hari lagi nak raya..aku punyalah beli bunga api untuk syira..tapi dia takut nak main. api kan...sapa tak takut nak main api. sudahnya..aku ngan syira dodok tepi jalan, tengok diorang nih main bahan letupan nih.

so skang ni aku nak tag sapa tau?

aku nak tag:
1. mekda
2.ida seme
3.ishamizu
4.nasha
5. sapa2 yang nak buat, silakan! ni aku open terus.

cuti-cuti lagikk!!

esok khamis...cuti krismas..yey! cuti!
jumaat aku ambik cuti..satu2nya hari cuti aku yang tinggal..
sabtu cuti..
ahad cuti..
isnin pun cuti ! yyyeeyy!! cuti awal muharamm..
then selasa rabu aku kerja
khamis cuti new year!! yeyyy lagi sekalikk!
jumaat aku kerja baliik...:(..iskkk!

apa rancangan aku cuti 5 hari straight nih?
me and hubby dah beli cat, nak cat rumah ..(seperti dalam agenda yang aku type in last week)
harap2 sempat la laksanakan.
selebihnya..takde apa2 nak buat pun..main2 ngan syira kat rumah jerla..

till then kawan2..selamat bercuti.
to mekda n ida..selamat bercuti dan menjelajah europe! ingat2 kami di malaysia ok? uploads picsss banyak2...!
miss you girlss!

from:
speedy gonzales n family..

Tuesday, December 23, 2008

one utama

bisa gila jadinya ...
sedapnya tengok chocolates nihhh...geram la..


rambang mata...

skema nyer gambar syira yang nih..



sale everywhere!...here and there!





?

syira dah betul2 tido..aku main2 tido..siap leh snap gambar ikut handphone tapi purak2 tido!

Saturday, December 20, 2008

dilema ofis part 2

disebabkan aku boring jadi beku kat tempat aku..maka aku pun rela hati menawarkan diri tolong akak typist tempat aku tu prepare barang nak buat seminar bengkel ISO 9001:2000 yang akan dianjurkan januari nanti. antara kerja yang perlu dibuat ialah menyediakan jemputan, edarkan jemputan untuk 110 orang pegawai kualiti seluruh uitm.
then ..
bila kita buat kerja, mestilah kita nak buat ramai2..boleh borak2 kan? so then, sambil aku tolong akak typist tu..aku pun duduk la kat meja kerani lelaki yang berdepan ngan meja akak typist aku tuh. elok aku tengah buat kerja, budak kerani laki ni pun balik la dari kuar minum (kuar 8.30..balik 10 pagi..is it typical government workers?)..so, aku pun berlawak..suruh budak laki ni duduk kat tempat aku jap..boleh tak budak laki tu kata apa kat aku?
'alah..tanak la duduk tempat kak yati..tu namanya turun pangkat tuh!"
aku pun sentap beb! turun pangkat ko kataaaa???
what the fuck!
aku pun sound direct laser beam terus... aku jawab apa tau?
'hey hello! whatthefuck ko kata turun pangkat>? ko ingat kerani tu lagi tinggi dari jurutrengkas? hey!! dengar sini! aku ni ada diploma tau tak! nak jadi PA kena ada diploma ko faham takkk? ko ingat gaji aku baper sennn?? gaji aku dua ribu setengah ko tau takkk!"
aku bila dah sentap, sumer keluar. pergi mampus la ko kalu terasa kan? ko dah calarkan hati aku dulu dengan mengatakan jawatan aku ni lagi rendah dari kerani. aku rasa nak jerit satu uitm dengarr...iskkkk!! korang mengerti tak bagaimana perasaan aku tika itu?
akak typist tu pun terkejut..
'tul ker Ti gaji ko dua ribu setengah? banyaknya.."
i replied back..
'betul..gaji saya RM2400. kalu lulus shorthand yang ambik baru ni..cecah la RM2500....'
apa..diorang ingat kita ni cikai sangat ker..ingat gaji PA ratus2 jer ker..
dahla macam nak mati karam masa buat diploma dulu. ni bila kerja..dipandang rendah pulak.
FYI, kerani laki tu cam suka pandang rendah kat aku..
bukan aku nak show off gaji aku banyak mana kat sini..tapi rata2 kita gaji lebih kurang jer bila dah khidmat cecah 7 thn ni. aku pun tatau nak bukak mata orang kat sini camana dengan kerja sebagai PA nih. rata2 gaji PA kat private dorang kata kalau dah kerja 7 tahun ni dalam 3 ribu. tapi tu terpulang la pada company tu kan..increment tu subjective kat sesetengah tempat. pandai bodek..gaji banyak. tapi government? ikutla kenaikan tahunan pun dah alhamdulillah..syukur la jugak. kadang2 bila aku bangkitkan kisah jadi PA kat luar dari kerajaan ni..rata2 orang ofis akan kata kat aku..'diorang tu PA korporat..ko tu tengoklah sikit.." i am so irritated and annoyed by the statement. sooo pissed off!kadang2 kat luar tu harapkan SPM ajer. ada jugak yang ada degree tapi post secretary. cam member kita si marziha ayong tu. dia kan kerja kat SYABAS now. tapi jawatan dia EXECUTIVE SECRETARY. aku tatau la kan kot2 lepas dia dismissed dari dss dulu dia ambik private college ker..kan? tapi...inilah nasib jurutrengkas uitm. dahla melongo kat depan meja..orang pulak asyik nak cari kesalahan ajer. aku sangat2 teringin bila lah PSUITM (persatuan setiausaha uitm---tahu pulak persatuan di dinamakan setiausaha..tapi bila nama jawatan jurutrengkas..babi lah wei) nak buat AGM. aku nak raise satu2 perkara ni. tengokla...tengokla azam aku camana nanti. ni azam tahun baru aku. hahahaha! gelak syaitan. dan aku sangat berharap emy, lizzie dan kawan2 PA lain yang sama muda ngan kitorang ni dapat backing aku nanti. dan juga memperjuangkan nasib kita yang katanya nak tukar ke gred N27..sama2 dengan penolong pegawai tadbir atau kat uitm dipanggil pegawai eksekutif. glemer kan jawatan diorang? kitoran ni yang bersedih..isk..dan satu lagi rintangan nya ialah PA muda tidak bekerjasama ngan PA tua yang konservatif, tanak perjuangkan apa2 sebab kira masa nak pencen.

girls..sorry la entry aku ni tengah emo. aku kat rumah ni..hari sabtu..syira tgh memunggah bilik..i gotta stop now..sebab dia tengah tolak aku dari kerusi nih..bye girlsss!!! love you all..

Thursday, December 18, 2008

Dilema Office..

i never jot anything about my office in this blog. means....i don't have a problem at my office..but actually...!
aku tak suka nak citer pasal ofis sebenarnya. penat..tensen..
aku tak banyak kerja as a PA here. berbeza dengan job spec aku masa kat UKM dulu. nak duduk pun tak sempat. (tapi ngulor aku sempat..hehehe)..kat sini, tugas aku tak banyak, jaga bos..jaga boss..jaga bos. bos pulak jenis tak suka bagi kerja..suka duduk diam2 baca buku dalam bilik, then gi meeting. aku just make sure pagi2 aku datang kerja, keluarkan surat yang perlu tandatangan,tindakan lanjutan..so and so, sorting gitu la. then masukkan air kosong segelas, on kan aircond..then aku pun keluar bilik, hidupkan pc aku sambil2 sorting surat mana ia seharusnya pergi selepas ini. no meeting for me, even takde outdoor aktiviti pun untuk aku. contohnya, kalau office aku ada buat bengkel segala, patutnya aku pun kena join sekali sebagai jawatankuasa..tapi tidak untuk aku. asyik2 aku kena jaga office, duduk jer kat kerusi, jawab telefon. kalau aku insist jugak nak gi, orang akan tanya 'sapa nak jaga office? nanti call sapa nak jawab?' dan lagi ironiknya, typist ngan kerani lagi berkuasa la pulak dari aku. dorang lagi banyak kerja dari aku. typist lagi menonjol dari setiausaha...dahla nama jawatan aku JURUTRENGKAS. sedih kan? atleast kat UKM dulu diorang panggil setiausaha tau. sometimes, aku curi2 tukar nama jawatan aku jadi SETIAUSAHA. i don't want the fucking title as jurutrengkas. jurutera lain la kan? terus terang aku cakap..aku rindukan kerja aku kat UKM. kat sini,mmg takde challenge langsung. korang caya tak? selama 10 bulan aku tukar bos baru nih, aku baru buat 2 keping surat ajer. 2 keping, okkk??? orang lain dalam masa satu jam dua keping surat tu..tapi aku 10 bulan. ohh betapa sadisnya..dua bulan lepas, aku dah mohon untuk isi kekosongan jawatan di kampus Puncak Alam, tapi aku kena bertukar dari institut masuk ke fakulti. fakulti mmg full of challenges, but enjoy. aku harap, takla terlalu mencabar sampai aku kena balik malam2 pulak. setakat balik lewat 10 minit setengah jam aku maafkan. monotone ajer corak kerja aku selama ini. balik2 aku bukak blog korang 4-5 kali sehari. bosan dohh!

Hari ini hari K.H.A.M.I.S!

khamis..thursday...
bestnya! esok last kerja for this week, and then cuti dua hari! leh bangun lewat, leh mandi lewat..leh main puas-puas ngan syira...tapi hari ahad papa syira kena gi kelas..sehari suntuk. alaaa..berdua jer lagi ngan syira. sib baik la aku duk rumah mak aku..takla terasa sangat sunyinya. kalau mak bapak aku kuar..akupun bawak la syira ikut sekali. sian syira tak keluar2 kalau tidak, kan?
then ..minggu depan kerja tiga hari ...khamis pulak krismas. then jumaat hari bekerja..tapi aku ambik gak cuti..satu2nya cuti aku yang tinggal..sedih kan? then sabtu ahad cuti..ahad pun cuti jugak..cuti awal muharram..ni public holiday. bulan 12 ni byk betul cuti.
besttt!! tapi rasanya cam masa tu bergerak perlahan ajer..iskk..

Wednesday, December 17, 2008

Khusyuknya dia..


Dah lama dah ambik gambar ni thru handphone..masa ni dah kul 8 malam, tengah tunggu my darling husband balik dari kerja. sambil tu temankan syira menulis kat meja makan tetamu, kat rumah mama tok dia. kemain khusyuk lagi dia menulis..tak pedulikan orang dah..kalau dapat pencil syira mmg suka sangat..atas kertas resit pun dia leh menconteng lagi..
psstt..korang jangan takut..belakang syira tu ialah aku..bukan hantu dalam citer ju-on ok..cam seram lak tengok image aku sendiri..haiyohh...lagipun hantu tak pakai baju kaftan ok??!

makan-makan prosperity burger..

mekda..janganla craving sangat ngan prosperity burger tu. aku baru tangkap satu set semalam, time lunch. aku ikut drive thru jer kat McD ss3 sini. satu set ngan orange mcfizz (dah takde pun green tea/jasmine tea dia tu) dalam 15hinggit la kalu tak silap. pastu kalu double prosperity lak satu set kalu L dekan 19hinggit. mahal gak beb...tapi apa2hal..aku upload gambar untuk kasi ko tengok.
kering la black pepper sauce dia..tak cam dalam iklan siap menitik2..

rasanya? tak banyak beza ngan tahun lepas..sama jer..sama sedap.


orange mcfizz...ni aku bagi 4 1/2 daripada 5..sedap..refreshing!(byk ais..i like!)

curly fries...masih panas2 lagi..sedap woo...


my dessert...chocolate reese's la..apa lagi!ada bersusun dalam drawer aku..hehehe..

Tuesday, December 16, 2008

aktiviti dalam kereta..

syira selalu nak manja2..buat cam baby 3 bulan walaupun dia baru 3 tahun..tengoklah aktiviti menyeluk tetek dia tuh..nakal sungguh! sure korang rasa geli kan? aku dah biasa..dah 3 tahun. even time ambik gambar ni pun aku tak perasan dia seluk baju aku..so notti la syira nih..biasanya dia seluk time nak dekat2 tido...time tengah aktif cam sekarang ni pun dia leh seluk kalau dia teringat..sabar jerlah anak aku nih..(my readers sumer pompuan..please don't look at the pics when there are men around you...pls...)

haiyoohh..nampak bra aku..notti la syira nih..

nak manja2 dengan mama..

aku tak perasan tangan sebelah dia dalam baju aku..

kualiti gambar handphone tak secantik DSLR..tapi still cantik sebab sony cybershot..thank you mr handphone..


Have a Good Sleep, darling..momma have to go to work..!

To my lil princess, i'm sorry i can't kiss you this morning. i'm afraid i'll wake u up and that will make things more difficult for you, me and your papa..surely u'll cry and wanted to tag along with me, and i'll be late for work bcause the time is already 7.15 in the morning..i'm sorry..how i miss you so much rite now and i wanted to hug you and kiss you all the time, darling syira. but don't worry, momma will be home at 5.45 ..the usual time you'll be waiting for me at the staircase..i miss you and i love you, my angel.have a good sleep...
before saying good night have a good sleep..momma have to go work rite now..
sleep like a baby, though u are already 3 years old..

Monday, December 15, 2008

azam tahun ini..dan tahun yang akan datang

serius..aku takde azam tahun ni. apa aku rasa nak buat..aku buat. apa yang aku rasa aku teringin nakkan sesuatu..aku cuba dapatkan. tapi takde la berazam beria.

cuma..a few things aku berjaya buat tahun ni ialah:
*beli rumah kat kedah
*maintain tak mengandung lagi...
*beli DSLR..akhirnya...
+hubby janji nak cat rumah kaler sky blue..harap jadi kenyataan kerana dia akan bercuti panjang dari 25 hingga 29..4 days..is it enough for him to accomplish it before new year comes?
*aku dapat tawaran sambung belajar tapi terpaksa turn down the offer...:(
*honeymoon every year without fail walaupun tempat yang dekat2...tahun ni ke melaka.
*balik beraya puasa kat kelantan
*akhirnya a few designer's clothing n make-ups..(sebelum ni byk usha ajer..)
*beli laptop hp-compaq..tapi syira kata tu laptop dia punya..chess!

tapi a few things yang aku tak suka pun terjadi juga..antaranya:
*berat badan makin bertambah
*makin kuat shopping
*tak sempat tukar sport rim persona aku..
*kesihatan kurang memberangsangkan..
*cuti ngam2..takleh bawak ke depan lagi..hmmm:(
*masih belum sah dalam jawatan lagi walaupun sebilangan kertas cam ISAC dah lulus.slow la uitm nih..iskkk!!! orang lain kat tempat lain dah berkulat!
*makin banyak hutang...huwaaa!!! (hutang rumah..)
*teringin nak melancong ke luar negara..tapi tak sempat la..iskk! tak sempat duit la ..apalagi!

nanti kalau ada lagi pro n cons..aku akan update lagi kat sini...

Hari Minggu Yang Membosankan

Start dari minggu ini sampailah ke bulan 3..rasanya no outing for the weekend.
sebabnya?
laki aku dah start masuk kelas balik. dia ambik shortcourse engineering for 3 months kat UIA..isk..tinggallah mama n syira setiap ahad..sehari suntuk kat rumah mama tok..takde buat apa-apa. nak keluar berdua dengan syira pun malas. buatnya dia melompat menari2 dalam kereta..pengsan la aku. dahla syira sejak tak gi nursery ni dah tak naik car seat lagi dah. entah muat lagi tak car seat tu dengan dia.
sabtu petang,
aku ajak hubby gi ikea, nak cari kerusi study, gantikan kerusi yang ada roda dalam bilik tidor tu. bahaya kerusi beroda tu, buatnya syira tertolak meja, mau sembam dia ke lantai nanti. and i decide untuk beli kerusi yang still, takde roda. on the way pergi tu, dalam kereta, aku cium pipi syira. sekali tu,boleh pulak dia sempat gigit hidung akuuu?? terjerit aku dibuatnya..sambil nangis hentak2 kaki air mata berlinang2 kena gigit hidung oleh anak sendiri. sakitnya korang tau tak camna? sentap jantung aku dibuatnya! syira yang so cheeky jadi takut..terus dia gi lari ke seat belakang..nyorok belakang kerusi, takut sebab buat mama sakit. terus papa terkejut la tengok mama dah nangis2 camtu. pastu papa suruhla syira pujuk mama balik..dia geleng2 kepala..dah takut. nak tergelak pun ada..pastu aku perasan, syira curi2 intai aku, nak tengok mama dah ok ke belum. sabar jerla anak aku nih kan? hidung mama pun dia nak gigit. agaknya dia rimas aku selalu sangat cium pipi tembam dia. hehehe..sabar jerlah. bila dah nak dekat sampai ikea, syira datang balik duduk atas riba aku cam tak bersalah. sabar jerla anak aku nih.

sorry this entry has no picture.ini menunjukkan betapa bosannya aku seharian di hujung minggu.

Thursday, December 11, 2008

Syira At Kampung 2

mmmm...bergayut kat tangga..
nak turun tangga laju-laju..ketawa2..nak poke mama la tuh..


posing sampai senget2 muka..

inilah yang dikatakan tangga niyang rapik tu..sorry aku tak ambik gambar tangga..pandai2 korang la nak imagine..



Tuesday, December 09, 2008

Model Sawah Padi

model kecik ni dah tak larat..tarik tangan mama ajak balik dah..
baik pulak kalau bergambar ngan papa..

'panas ni maa!' yeahh..mmg panas..kul 11 pagi gi bendang. gilo jakun!


baru sampai baik la lagi si syira ni..



suka tau syira buat aksi camni..

nak jadi model tak lepas..jadi model sawah padi untuk blog sendiri leh la..kan?

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Selamat hari raya semua! so now lepas upload bnyak2 entry sekaligus..aku dah hilang kata2..pictures ready...so tengok jerla yer?

masa tengah tunggu papa balik dari masjid..main binatang peliharaan dulu ok?

mama- papa- syira

berkerut-kerut tunggu papa ambik gambar..
thanks to my sister in law yang susah payah jahit baju untuk syira..

petang raya

aku pun kena badi mekda la..sekali upload 2-3 entry sekaligus..

ini merupakan first time aku beraya haji kat kampung. raya puasa dah banyak kali dah. gambar-gambar ni diambil dirumah atuk nenek belah laki aku. kawasannya dekat ajer ngan rumah pakmak mentua aku. tapi bezanya kampung ni saujana mata memandang..sejuk jer mata tengok gunung biru, sawah padi hijau terbentang..angin nyaman..apa yang takde kat kampung laki aku nih? gunung..ada(backgroundnya gunung jerai)! sawah padi..ada! sungai? ada...(sungai tupah yang banyak budak2 kampung buat aksi sampai pernah masuk youtube heboh2 dulu)! laut? ada..(pantai tanjung dawai)! semua ada. satu jer takde. shopping complex. kalau nak kena gi bandar sungai petani, dekat 20km dari rumah. shopping complex leh tahan la..ada 2-3 tempat. yang penting ada AUSSINO. aku mmg hantu aussino..leh cuci mata tengok cadar lawa2. macam la penting sangat, kan? tapi baru ni sempat gak la aku menjelajah aussino tuh. beli bath robe syira. sarung bantal..then cuci mata tengok cadar yang tengah sale. ok..cukup..!cukup pasal shopping. korang tengok jerla gambar ni. i noticed that i'm getting fatter than before..padahal aku dah turun 3kg. camera trick kah??


syira tengah merengek kat kaki..ajak aku gi tengok lembu..tak kuasa la nyahhh!
ada yang terpijak taik lembu nanti kang!

alah simanja mama jatuh ya? bangun..bangun..sikit jer tuh!

not so uptown girl balik kampung..syira gi mana2 pun sayang sangat kat bear...
terserlah kemanjaannya dia....

syira with? i dunno who...tapi this lady ialah makcik laki aku..

hilang vogue aku bila dah berisi sikit camni..
aku sukalah tengok rambut syira..to me it looks so lovely..

Our House..

Antara motif balik kampung ialah tengok rumah yang dalam progress. so far perkembangan terkini tinggal nak sambung api air ajer. masa ni mungkin pemaju akan mintak depositnya.so, kena siapkan duit la sikit. then dapat CF, ini tatau baper lama..mungkin sebulan. tapi bulan 4 tahun depan mungkin dorang akan handover the keys..mudah-mudahan..senang sikit citer aku nanti. tapi actually aku gerun la lalu highway balik ke utara. jalan ke utara ni especially kat changkat jering tu berbukit bukau, then cerun..jalan pulak dua lane ajer. mmg seram jalan tu. buatnya brek haus ker..tak makan ker..mintang simpanglah. nak pulak lalu terowong kuala kangsar tu. korang ingat tak orang kata citer pasal volkswagen putih banyak anak dalam kereta tu? well..tu pun dah menaikkan bulu roma aku.

apa aku melalut nih..ok..back to the subject..ini antara gambar2 yang sempat aku snap. tak banyak beza dengan yang dulu..rumah ni kecik ajer..tapi kalau nak isi barang banyak gak duit habis kan? nak2 dengan grill nya..nak tukar pintu dapur yang aku tak berkenan tuh, nak pasang lampu kipas..nak kasi kaler dinding sikit, nak tmbah tiles untuk bilik syira n bilik hujung (2 bilik diorang kasi simen ajer..ampeh..alang2 buat jerla terus..)nak pisahkan ruang makan dengan ruang dapur kena bina kaunter lagi. wah..macam2 lah!tapi, takde lah aku buat sekali gus..perlahan2..oh ya..rumah ini ada 3 bilik dan 2 bilik air..

pemandangan luar kawasan perumahan. pak mentua aku kata kawasan ni angin nyaman ajer..berangin la..

masuk ikut sliding door ..


"mama...ini bilik syira!"

master bedroom (pandangan menghala ke luar bilik)

pandangan depan rumah.
actually gambar ini merupakan rumah betul kami (kalau tak salah la..) then gmbar2 dalaman yang di atas tu rumah orng lain. semua rumah ni dah berkunci sebab pak mentua aku cakap dah ada cable..takut orng curi. ntah..aku pun tak faham sangat. korang pun buat2 jerla faham. aku mmg frust sangat la takleh masuk dalam rumah. tapi bila nampak ada rumah yang masih belum berkunci..tu yang aku redah gak masuk tu..tak sbarnya nak tunggu rumah siap..





Syira At Kampung

Hari sabtu lepas, 6 disember kami tiga beranak bertolak balik kampung..masuk hiway dalam kul 10.30 pagi dan sampai kampung kat pengkalan bujang, kedah pukul 4.30 petang..itupun setelah singgah makan kfc dulu kat taman sejati, sungai petani..mmg kejam punya menantu..supaya bila sampai kampung dah kenyang..takyah kena paksa makan lagi dah. i am a crazy in law..bila sampai tu..syira buat statement berani mati..sincere punya! dia kata apa tau?
syira: 'mama..rumah ni macam dalam citer nyiang rapik jer..' (cam rumah hantu la tu..sebab ada tangga kayu yang cam dah season dalam rumah)...pandai aku ajar anak..kan? hehehe..

terus papa dia snap kata,

papa: 'syira! apa cakap macam tuh!' end of story...

kat pantai di tanjung dawai...12 km dari rumah mak tok..


tangan pegang aiskrim, mata menjeling sapa tatau..

still lagi menjeling..ada balak hensem lalu ker syira?


sebelum pergi pantai kat tanjung dawai, tunggu tok wan balik kedai dulu. tokwan tengah bagi syira ikan suruh berikan pada mak tok ..sampai bongkok tiga tokwan sebab nak ajar syira pegang ikan..sian tokwan!

seronok dapat lepas ke tengah jalan...jalan ni tak bz pun. jalan kampung, kan?


to be continued....

Friday, December 05, 2008

pusing

aku pusing kepala..memmikirkan banyak kerja...baru minggu ni aku rasa semak ngan kerja. gile kan? fail menimbun2 nak diuruskan...nanti aku update kalu dah settle semua kerja aku. take care kengkawan..miss you all..muahhhss!!!

Wednesday, December 03, 2008

Am SO BZ this week

takde update yang baru..except that i am sooo bz this week..nak update file peribadi untuk staff seramai 100 orang. adoi..sakit kepala aku. this coming saturday pun nak balik kampung kat sg petani, kedah. korang tau kan camana liatnya aku nak balik rumah mertua? kejam punya menantu. heheheh.. tapi disebabkan dah beli rumah kat kedah, tu yang ada rasa nak berkobar2 sikit nak balik. anak kesayangan aku si syira pun tak baper nak balik kedah..siap kata gigi tokwan hitam lagi. notti giler la syira ni. sorry ek..ni bukan aku yang ajar. bila syira cakap camtu kat papa dia, ketawa besar papa dia. see..papa pun sporting, ok? so far tak pernah lagi merasa raya haji kat kedah. raya puasa dah 2 kali dah. apa2hal pun aku excited nak tengok rumah yang baru dibeli tu ajer. maybe bulan 4 dah dapat kunci. till then nak balik tiap2 bulan pun takper..silap2 aku yang ajak laki aku balik.
k lah korang..aku dah takde idea nak tulis apa ni. sepagi aku siapkan fail peribadi. petang nanti baru nak masukkan semua dokumen dalam fail. so skang ni aku fikir nak makan ajer.. rasa cam nak makan nachos-nachos kat sacc tu..sapa nak ikutttt..?!! jom laaa...bye friends..till the next entry.