Tuesday, May 05, 2009

Akhirnya Surat Itu Tiba ...

aku tengah breakfast kat meja pagi tadi..dan PAR aku pun datang dan hantar surat.


surat yang aku tunggu tak tunggu tu pun tiba..guess surat apa???





inilah suratnya...

surat pertukaran tempat bertugas secara suka sama suka ke kampus puncak alam. hanya 10 minit dari rumah, instead sekarang ni 50 minit dari rumah untuk sampai ke pejabat di shah alam. jadi orang puncak alam lah aku lepas nih..

aku pun tatau nak kata apa yang aku rasa sekarang ni.

suka-sangat2 aku harapkan perpindahan ini sejak aku kerja dari UKM lagi. aku impikan tempat kerja yang dekat dengan rumah, mudah untuk aku berulang alik dan jimat segala kos perjalanan aku.

duka-dah hampir 4 tahun aku di sini..segala suka duka hitam putih kehidupan mendewasakan aku. tapi aku rasa, ok la jugak..sebulan sekali masih lagi boleh berjumpa dengan kawan2 yang ngam ngan aku time aku buat e-pjj nanti.

cuak-camna reaksi di tempat baru? bos camana? orang2 bawahan camana? byk cengkadak ker nanti? camana kampus puncak alam tu? dahla dah macam2 cerita aku dengar tentang tempat tu..mmg happening walaupun belum masuk lagi.

yang pasti..sekarang ni aku speechless dan aku perlu bereskan mana2 kerja yang perlu aku siapkan dalam tempoh dua minggu ini. nota serah tugas pun kena buat juga..banyak gak yang aku nak kena kemas, copy segala folder dan koleksi lagu2 aku dalam pc nih..

since aku akan berpindah tempat kerja ke puncak alam, aku rasa dah tak sesuai untuk aku hantar syira ke rumah mama lagi. sebab kena patah balik ke puncak alam, dan jalan ijok tu byk bahaya gak la. risau beb. dan minggu lepas aku dah survey tadika dan nursery utk syira. syira pun dah tak sabar nak gi sekolah..

5 comments:

Emy said...

errrmm.. mesti ko seronok kan?? pasni hari jumaat jek ko lepak umah, serius jimat!! ke ada jln shortcut nk g IKEA? hehehe

apa2pun, good luck kt tempat baru, at least ada la perubahan skit, takde la dok buat keje yg sama jek bertahun2.. membara tul semangat aku ni nk tukar2 tempat keje gak nie.. sapa nk tukar suka sama suka ngn aku?? mc da ko nk tak??

yatispeed said...

wakakakaak...mekda siap tanak balik mesia lagi buat masa nih..ko tukar suka sama suka ngan sir la emy..baru mencabar beb..hehehe..

lepas ni berkepuk la duit aku dalam wallet tak gi shopping..sebelum aku tukar, mau aku guling2 dulu buat lambaian ratu bagai kat sacc, plaza masalam, tesco, giant, JJ bukit raja semua..hehehe..

HalfBlood Princess said...

Tahniahh kakk!! mst kakak hepi kn! dkt jek nk gi keje, dkt gk ngan syira...n jimat sume kos pjalanan!:D bler dh jimt kt kos pjalan tuu harusla bley shopping lg byk..kih kih kih...nti belanja k!;p

yatispeed said...

datang hari sabtu ni, nanti kakak belanja donut big apple..hehehee..

izu..sapa tak seronok ofis depan rumah..then kurang la sket nak mengarut benda tak perlu kat SACC tuh..best...besttt!

deidaa said...

Weh cemana ko cari org nak tukar suka sama suke ni eh?
Xkira la dr jabatan mana2 pon kan?
Dolu2 ada aa yg nak tukar suka sama suka tp dia dr Balai Polis Bukit Aman- yg aku cite dulu tp xmo ah aku hihi.

Syok ah ko dkt dgn umah.
Dah jenguk ke opes tu cemana?